Cintan Cintun Cintin..
Ok.. Mmg diakui byk masalah dalam bercinta nih..
termasuklah diriku ini.. hehe.. aku kan insan biase gak.. hehek!
yang si perempuan menyalahkan lelaki, dan silelaki pula menyalahkan perempuan..
xbaik la camtu kan.. lebih baik kite fahamkn pasangan masing2..
nnt xdela kite nk buat keputusan melulu..
tapi ape bnda yg nk dipahamkan??
jadi, nih ade dua article dari 2 blog yg aku carik..
xde nk backup laki atau pompuan je.. aku ambik dua2..
Bukanlah maksud saya di sini bahawaorang lelaki lebih bijak kerana dia
diberi sembilan akal, tetapi
tujuannya untuk menyatakan ada
perbezaan antara lelaki dengan
perempuan. Secara umum, dari segi
psikologi lelaki dan perempuan berbeza
tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan
pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya,
isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan.
Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran
apabila pasangannya agak keterlaluan.Umpamanya, apabila si suami
melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.
Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau
kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek
perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah
merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan
manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah- rendah atau mencabar suami.
Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!
Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan
menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki,
mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab
orang perempuan, apabila menyayangi seorang
lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya
terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.
Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej
dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala
emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk
biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan,
agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu…
No comments:
Post a Comment